Wednesday, 26 August 2015

BULAN KEMERDEKAAN MINGGU 2: AKTIVITI MERDEKA MENGGUNAKAN VLE FROG DAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

ASSALAMUALAIKUM semua... pada minggu ke 2 ni, bagi memenuhi aktiviti bulan kemerdekaan, kami telah menjalankan aktiviti menggunakan vle Frog. terima kasih diucapkan kepada En Hazmeer yang telah menyiapkan site untuk Kemerdekaan ini. bermula pad hari isnin, murid telah hadir ke makmal komputer dan membuka site masing-masing untuk membaca dan menjawab kuiz berkaitan Sejarah Malaysia. Program ini sememangnya memberi peluang kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat secara dalam talian. tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya menjawab soalan kuiz yang disediakan.








pada hari rabu, 26.8.2015, telah diadakan pertandingan permainan tradisional antara rumah sukan. terdapat beberapa pertandingan diadakan antaranya permainan baling tin, galah panjang dan konda kondi. apa yang diperhatikan, murid-murid sememangnya mempunyai minat dalam bermain dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. disini juga, dapatlah kami menerapkan bahawa inilah permainan para guru dizaman kanak-kanak. dan semasa itu, memang tiada gajet yang canggih. inilah permainan yang dimainkan di waktu lapang bersama rakn-rakan pada zaman dahulu. akhir kata, saya berharap murid-murid dapat mengaplikasikan permainan ini di rumah mereka.





BULAN KEMERDEKAAN MINGGU 1: AKTIVITI MEWARNA DAN MELUKIS POSTER

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, banyak aktiviti yang akan dijalankan. untuk minggu pertama ini, sekolah telah mengadakan pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan poster bagi muri-murid tahap 2. Pertandingan ini berlangsung ketika waktu pendidikan seni. dari pemerhatian yang diberi, murid-murid dapat mengaplikasikan bakat seni mereka dalam menghasilkan sebuah lukisan yang bertemakn patriotik. Untuk senarai pemenang, kami akan umumkan ketika majlis penutupan bulan kemerdekaan pada 15 september nanti.

cikgu Hazmeer bersama murid tahun 3 menunjukkan hasil lukisan mereka




Monday, 17 August 2015

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2015

Pada 17.8.2015, SK Tapak telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015. Pada tahun ini, bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan, pelbagai aktiviti telah dirancang. Objektif program ini ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisplin dan bekerjasama, melahirkan murid kreatif dan inovatif, memupuk perpaduan kaum dan menghargai serta mengenang jasa pejuang kemerdekaan Negara.

Pada majlis pelancaran ini dijalankan pada pukul 7.30 pagi dan tamat jam 8.30 pagi. Ketika ucapan guru besar, guru besar mengingatkan murid supaya sentiasa bersama-sama menjaga kehormatan negara dan mengambil bahagian dalam semua ativiti yang akan dijalankan. Diharapkan semua murid dapat menerapkan nilai patriotik dalam diri setiap murid.
















Tuesday, 11 August 2015

JAMUAN RAYA PERINGKAT SEKOLAH

PADA 11.8.2015, Telah dijalankan Jamuan Raya Peringkat Sekolah. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Terdapat beberapa pertandingan diadakan semperna program pada hari ini seperti pertandingan nyanyian lagu raya, jangan lupa lirik, pertandingan pakaian beragam dan pertandingan teka lagu raya. pelbagai juadah telah disediakan semasa program ini. pihak sekolah mengucapkan jutan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menghargai kedatangan YDP PIBG sekolah. upacara tamat pada pukul 1.00 petang.





PERTANDINGAN SYAIR ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER ZON SELATAN

PADA 8.8. 2015, satu Pertandingan Syair antara Sekolah-Sekolah Kluster Zon Selatan telah diadakan. Sebanyak 8 Sekolah Kluster dari sekitar Negeri Sembilan dan Negeri Selangor. Pertandingan ini diadakan untuk murid-murid sekolah kluster zon selatan untuk mencungkil bakat yang terpendam, selain membina keyakinan dan keberanian berdiri dikalayak ramai. sikap ini penting bag melahirkan insan alaf baru yang berketerampilan. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mat Rohani Bin Kamar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah .Untuk keputusannya, Johan telah dimenangi oleh peserta dari SK Chengkau, Rembau. tempat ke 2 dimenangi peserta dari SK King George V, Seremban dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari SK Seremban 2B. Majlis tamat jam 1.00 petang.