Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAK

SK Tapak telah dibina pada Tahun 1915.Tapak pembinaan sekolah ini adalah pemberian En Hussein B Hj Karim. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Cikgu Ahmad.Pada mulanya murid sekolah ini terdiri daripada pelajar lelaki sahaja.
PadaTahun 1955 bangunan sekolah ini ditambah dengan wujudnya sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris ini diberi nama Standard Type Primary English School Tapak.Yuran bulanan sebanyak RM2.50 .Ketika itu bayaran tersebut luar kemampuan ibu bapa. Pada1 Januari 1962 sekolah ini telah ditutup kerana ketiadaan murid. Sekolah ini kemudiannya dijadikan Sekolah Melayu. Keadaan ini menarik minat ibubapa menghantar semula anak mereka ke sekolah.
Pada tahun 1970-an apabila Rancangan Tanah Felda dibuka,bilangan murid berkurangan kerana mengikut ibubapa mereka berpindah ke Felda. Sehingga kini murid semakin hari semakin berkurangan. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kurang Murid. Pada Tahun 1994 bangunan tambahan sekolah ini telah diubahsuai daripada papan ke dinding batu. Bangunan asal sekolah telah dijadikan dewan sehingga ke hari ini. Pada hari ini dewan asal diberi nama Dewan Kenangan. Pada Tahun 2002, rumah staf telah diubahsuai menjadi dua buah bilik darjah. Satu dijadikan kelas dan satu lagi dijadikan bilik komputer. Bilik kelas yang tidak mencukupi menyebabkan Tahun 5 danTahun 6 serta Tahun 2 dan Tahun 3 dicantumkan dalam satu kelas. Guru-guru menemui kesukaran mengajar dalam kelas bercantum.
Dari segi akademik, peningkatan telah ditunjukkan tahun demi tahun. Walaupun pelbagai kesukaran dilalui kejayaan demi kejayaan telah dapat dicapai. Pada Tahun 2010 adalah kejayaan terbesar ,seramai 5 orang murid(50%) daripada 10 orang murid berjaya memperolehi 5A. SK Tapak telah diumumkan sekolah terbaik Daerah Kuala Pilah dan Ketiga di Negeri Sembilan.

Pada Tahun  2011 dan 2012 sekolah telah menerima Anugerah  New Deal untuk Guru Besar. Pada Tahun 2013 pula SK Tapak telah diistiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sambutan 100 tahun SK Tapak akan diadakan pada Tahun 2015. Persiapan sambutan telah mula dibuat pada tahun 2014.Semoga sambutan ini akan memberikan satu kenangan paling indah sepanjang zaman bagi semua warga SK Tapak.