Thursday, 28 May 2015

Sambutan Isra' Mikraj dan Sambutan Hari Guru SK Tapak

Alhamdulillah pada tanggal 18 mei 2015, SK Tapak telah mengadakan Sambutan Isra' Mikraj dan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Aktiviti dimulakan dengan pertandingan Treasure Hunt semperna Sambutan Isra' Mikraj. Aktiviti ini dijalankan dengan bertemakan sirah Nabi kita dan amalan-amalan islam dlam kehidupan seharian. Murid diuji dengan soalan-soalan dan aktiviti yang pelbagai di setiap stesen. diharapkan aktiviti ini dapat memberi pengalaman baru kepada murid yang menyertainya dan semakin bersemailah cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dan yang terutama sekali kepada Allah yang mencipta seluruh alam ini.




murid tekun menjawab soalan semasa aktiviti dijalankan

sebelum memulakan aktiviti, kita warming up dulu yer.. 


                                            salah satu aktiviti dalam setiap stesyen

                                         murid dan guru berhimpun sebelum majlis bermula


Bermula jam 11.00 pagi pula, upacara bagi sambutan hari guru dimulakan. Murid dan guru bersama-sama berada di dalam dewan sebelum majlis bermula. Majlis hari ini dimulakan dengan bacaan ikrar dari guru-guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia yang dinyanyikan dengan penuh semangat.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan perutusan semperna Sambutan Hari Guru Malaysia. Dengan bacaan perutusan ini, dapatlah memberi semua guru panduan dan semangat untuk lebih berusaha bagi memartabatkan profesion perguruan mengikut arus semasa. Seterusnya, bagi menghargai semua guru, beberapa persembahan telah disajikan kepada guru-guru mereka. Selesai persembahan, majlis penyampaian hadiah telah dijalankan. Hadiah yang paling dinanti-nantikan ialah Anugerah Tokoh Guru 2015 yang telah dianugerahkan kepada Encik Jailani yang sememangnya guru yang dedikasi dan cemerlang dalam menjalankan amanah yang diberikan bagi menaikkan nama SK Tapak. Majlis bersurai pada jam 1.30 petang.



Antara pertandingan yang diadakan: masuk air dalam botol. Perlawanan antara guru dan murid.



Membaca ikrar Hari Guru


warga pendidik menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh semangat