Sunday, 4 October 2015

AKTIVITI "INDOOR" YANG BERSESUAIAN KETIKA MUSIM JEREBU.

ASSALAMUALAIKUM Semua.. diharapkan semua warga SKT berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Seperti yang kita ketahui, Jerebu telah melanda negara kita. dan sehingga pagi tadi, beberapa kawasan di negeri sembilan berada dalam keadaan tidak sihat. jadi disini, admin ingin memberi beberapa contoh permainan dalaman yang bersesuaian. sebelum itu, suka admin ingatkan, MURID-MURID PERLU KURANGKAN AKTIVITI LUAR. dan jika boleh, berada di dalam rumah. baiklah, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

1. Membaca buku dan mengulang kaji pelajaran: murid-murid bolehlah membaca buku, menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. ini kerana, peperiksaan akhir tahun akan dijalankan tidak lama lagi. persediaan awal penting bagi mendapatkan markah peperiksaan yang terbaik.

2. Membantu ibu bapa: Amalan yang baik dan terpuji. 

3.Bermain permainan dalaman : Pelbagai permainan boleh dimainkan di dalam rumah, antaranya ialah dam, sahiba, jutaria dan lain-lain lagi. Mainlah permainan yang berbentuk peningkatan kepada bahasa dan sosial. jika perlu, Bermainlah secara berkumpulan agar ketika bermain kita dapat lebih berkomunikasi antara satu sama lain.

4. Mencuba sesuatu yang baru: Mencuba sesuatu yang baru yang lain dari yang lain.Anda boleh mencuba perkara yang baru seperti menghafaz al quran, melayari internet dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan atau isu-isu semasa dan lain-lain lagi. 

Terdapat banyak lagi aktviti yang boleh dilakukan, namun apa yang penting pastikan anda semua menjaga kesihatan, jika terpaksa keluar dari rumah, pastikan anda memakai topeng kerana zarah-zarah yang berterbangan ini sangat kecil dan sukar untuk dilihat, Jadi, dengan memakai topeng, dapatlah menapis dan mengurangkan udara yang kurang baik ini masuk ke salur pernafasan kita. 
dan sekiranya ibu bapa ingin mendapatkan bacaan terkini IPU terkini, boleh lah anda melayari laman web yang telah disediakan ataupun boleh menggunakan aplikasi playstore dan install aplikasi tersebut.