Wednesday, 15 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI WARGA SK TAPAK

Alhamdullillah, setelah sebulan kita berpuasa, Ramadhan bakal melabuh tirainya. apa yang diharapkan, semoga Ramadhan tahun ini memberi kita keberkatan dan menjadikan diri kita lebih baik dari segala aspek.  Dikesempatan ini, admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh umat islam dan khasnya warga Sekolah Kebangsaan Tapak. Mohon maaf dipinta sekiranya ada silap dan salah. kepada guru-guru dan ibu bapa yang merancang untuk perjalanan yang jauh, diharapkan semunya dalam keadaan yang selamat. kepada anak-anak murid, JANGAN MAIN MERCUN, dan jagalah tingkahlaku dan terapkan kesopanan ketika beraya di rumah saudara mara. SEKIAN, TERIMA KASIH

Sunday, 12 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIKH 2015

Pada 10 Julai 2015 bersamaan dengan 23 Ramadhan, SK Tapak telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah di Dewan Kenangan, SK Tapak. majlis dihadiri oleh warga SK Tapak iaitu ibu bapa, murid-murid, guru-guru dan tetamu kehormat. Antara rasionalnya program ini ialah dapat memupuk semangat kerjasama antara guru dan ibu bapa serta menguakan ukhwah antara warga SK Tapak. Berikut adalah tentatif program yang berlangsung:
 5.00 PETANG : GOTONG ROYONG (PERSIAPAN DEWAN DAN TEMPAT JAMUAN)
 6.00 PETANG : KETIBAAN MURID-MURID DAN GURU-GURU
 6.10 PETANG : KETIBAAN IBU BAPA DAN TETAMU UNDANGAN BERBUKA 
7.00 PETANG : MENGAMBIL TEMPAT UNTUK BERBUKA
 7.24 MALAM : MASUK WAKTU MAGHRIB/ AZAN BERBUKA PUASA
 7.50 MALAM : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
                            UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
                            UCAPAN YDP PIBG UCAPAN TETAMU KEHORMAT
                            TAZKIRAH RAMADHAN
 8.45 MALAM : SOLAT ISYAK BERJEMAAH
 9.00 MALAM : SOLAT TERAWIH
 10.10 MALAM: BERSURAI

 Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat kita yang hadir iaitu Dato' Haji Muhammad Razi bin Haji Kail kerana sudi hadir dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang kurang bekemampuan.

WAH.. rajinnya cikgu Hzmer.

murid beratur mengambil makanan

ahli kelab PIBG dan KSIB membantu murid-murid mendapatkan makanan

keluarga Ustazah Rogayah di majlis buka puasa. 






anak murid sedia untuk berbuka puasa

solat tarawih berjemaah



ucapan pengerusi majlis



NYDP menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat, Dato Haji Mohamad Razi Bin Haji Kail

NYDP menyampaikan sumbangan kepada murid dan ibu bapa





NYDP menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan

NYDP menyampaikan cenderahati kepada Imam yang bertugas


Friday, 10 July 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

Dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Panitia Agama Islam telah mengadakan tadarus alquran bersama murid-murid tahap 2. Sebagai kemuncak untuk program ihya Ramadhan ini, pada 10 julai 2015, satu majlis khatam al quran telah dijalankan. majlis bermula seawal pukul 7.40 pagi. ia dimulakan dengan bacaan DOA, dan alunan zikir-zikir. upacara khatam alquran telah diketuai oleh penceramah jemputan iaitu Ustz Zulkifli dari Mahsan, Bahau. selesai upacara khatan quran, murid-murid telah mendengar ceramah dari Ustaz Zulkifli. dengan mengupas tajuk amalan di bulan ramadhan, ia sangat menarik perhatian warga dewan. Banyak kisah-kisah tauladan yang diperdengarkan dapat memberi nilai keinsafan pada diri kita.majlid diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderhati kepada peserta-peserta khatam quran dan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan. majlis bersurai jam 11.00 pagi.




murid membaca zikir dan ama ul-husna bersama sama


barisan murid yang menyertai majlis khatam al quran SKT




ucapan dari Guru Besar SKT, Puan Kalshom


majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid khatam Quran







bergambar bersama penceramah jemputan.




Monday, 6 July 2015

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Pada 7,8 DAN 9 Julai ini, semua murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. seramai 8 orang calon akan menjawab kertas peperiksaan ni. di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. disini, admin kongsikan sedikit tips-tips bagi menghadapi peperiksaan. 1.Datanglah dengan bersedia dan lebih awal 2.Tenang dan percayakan diri sendiri. jangan ulangkaji dengan masa yang suntuk dan kelam kabut. 3.Bersantailah tapi berhati-hati. 4.lihat soalan-soalan terlebih dahulu. ambil masa untuk membaca kertas soalan dan fahami kehendak jawapan. gariskan isi penting. 5.Jawab soalan secara strategik. mulakan dengan menjawab soalan yang mudah. pastikan anda mempunyai kata kunci atau peta minda. 6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih 7.Semasa menjawab soalan karangan, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan secara ringkas untuk karangan tersebut. 8.Semasa menjawab soalan karangan, jawab pada persoalannya 9. Bahagikan waktu anda untuk memeriksan jawapan 10. Analisa jawapan anda 11. berdoa dan bertawakal kepada allah.

Friday, 3 July 2015

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

PADA 3 .7.2015, satu perjumpaan bersama ibu bapa tahun 6telah diadakan. program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada guru-guru mengenai prestasi anak-anak mereka. Program ini bermula pada puku 11.00 pagi. semua ibu bapa yang hadir diberi penerangan dan maklumat terkini mengenai pencapaian anak-anak mereka. apa yang diharapkan, dengan adanya program ini, dapatlah ibu bapa bersama-sama membantu guru memberi motivasi kepada murid dan meningkatkan prestasi mereka. perjumpaan ini tamat jam 12.30 tengahari.