Pada 7,8 DAN 9 Julai ini, semua murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. seramai 8 orang calon akan menjawab kertas peperiksaan ni. di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. disini, admin kongsikan sedikit tips-tips bagi menghadapi peperiksaan. 1.Datanglah dengan bersedia dan lebih awal 2.Tenang dan percayakan diri sendiri. jangan ulangkaji dengan masa yang suntuk dan kelam kabut. 3.Bersantailah tapi berhati-hati. 4.lihat soalan-soalan terlebih dahulu. ambil masa untuk membaca kertas soalan dan fahami kehendak jawapan. gariskan isi penting. 5.Jawab soalan secara strategik. mulakan dengan menjawab soalan yang mudah. pastikan anda mempunyai kata kunci atau peta minda. 6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih 7.Semasa menjawab soalan karangan, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan secara ringkas untuk karangan tersebut. 8.Semasa menjawab soalan karangan, jawab pada persoalannya 9. Bahagikan waktu anda untuk memeriksan jawapan 10. Analisa jawapan anda 11. berdoa dan bertawakal kepada allah.