Tuesday, 29 September 2015

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MUSIM JEREBU

Assalamualaikum semua... sebelum memulakan bicara, belum terlambat untuk admin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua warga SK Tapak. alhamdullilah, dalam menyambut hari raya yang lepas, sekolah kita telah mengadakan majlis Korban Perdana SKT. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. 

Dan dikesempatan ini, admin ingin memberi peringatan dan nasihat kepada seluruh warga SKT supaya MENJAGA KESIHATAN DAN MEGURANGKAN AKTIVITI LUAR ketika MUSIM JEREBU ini. ini kerana, udara yang kurang bersih ini akan menyebabkan beberapa jenis penyakit yang boleh mengancam kesihatan terutamanya murid-murid yang mempunyai masaalah penyakit asthma. Jerebu adalah zarah-zarah kecil seperti asap dan debu yang terkumpul dan terapung di atmosfera. Jerebu akan menyebabkan jarak penglihatan menurun. Jerebu berpunca dari aktiviti harian seperti pembakaran terbuka, asap dari aktiviti perindustrian dan asap dari kenderaan bermotor.

Jadi disini, melalui beberapa maklumat dan bacaan yang admin dapat daripada internet, tips-tips penjagaan kesihatan ketika musim jerebu. 


  • Kurangkan aktiviti luar
  • Pakai topeng apabila keluar
  • Mencuci pakaian yang telah terdedah kepada jerebu 
  • Selalu minum air     
  • jumpa doktor jika keadaan lebih teruk                                                                                                                                                           
                                                     
  • Monday, 28 September 2015

    SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2015

    Sambutan kemerdekaan tahun 2015 telah sampai dipenghujungnya. Majlis penutupan rasmi telah diadakan dengan penuh kemeriahan pada 17 September 2015. Majlis ini dimulakan jam 10.50 pagi bertempat di dewan Kenangan Sekolah Kebangsaan Tapak.

    Terdahulunya, beberapa pertandingan telah diadakan sebelum majlis penutup. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian lagu koir, pertandingan lafaz ikrar dan basikal berhias. Penyertaan pertandingan sangat memberangsangkan. Murid-murid telah menunjukkan semangat kerjasama antara pasukan dalam persembahan yang telah diadakan. Bagi pertandingan Koir, kebanyakkan murid telah mempersembahkan lagu-lagu seperti Gemuruh, Sehati sejiwa dan Satu Malaysia. Pertandingan- pertandingan ini tamat pada jam 10.15 pagi.

    Pada jam 10.50 pagi, semua guru dan murid mengambil tempat didalam dewan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh adik Hafizuddin.  Majlis ini dipegerusikan oleh Encik Suhaizi bin Majid. Warga sekolah kemudiannya mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Tapak, Puan Kalshom binti A Hamid. Dalam ucapan perasmian penutup kali ini, beliau juga menasihatkan murid supaya menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Murid-murid juga diingatkan supaya bersyukur atas nikmat keamanan yang dikecapi dan sentiasa berdoa agar Malaysia sentiasa aman dan sejahtera. Guru besar seterusnya merasmikan penutupan sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2015.

    Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah dipertandingkan. Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang bagi pertandingan mewarna tahap 1, pemenang pertandingan melukis poster tahap 2, pertandingan kuiz kemerdekaan, pertandingan silang kata, dan kelas tercantik. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Kalshom bin A Hamid, guru besar Sekolah Kebangsaan Tapak.

    Upacara kemuncak pada majlis penutup ini ialah nyanyian lagu patriotik dari guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Tapak. Guru-guru telah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik bertajuk Sehati Sejiwa, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang. Majlis tamat pada jam 12.15 tengahari. Secara keseluruhannya, sambutan kemerdekaan pada tahun ini diraikan dengan penuh rasa kecintaan kepada Negara. sebagai warganegara yang bertanggungjawab, semua murid dan guru kelihatan  sangat bersemangat dan sentiasa memberi kerjasama dalam semua pertandingan yang diadakan. Diharapkan semangat seperti ini akan berkekalan dan sentiasa ditanam di dalam hati seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tapak.















    Monday, 7 September 2015

    SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

    Assalamualaikum... pada 8,9 dan 10.9. 2015 akan bermulalah peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6. apa yang admin harapkan, semua murid dapat menjawab dengan tenang dan lancar. Pastikan anda menjaga kesihatan tubuh badan anda. Seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. buat yang terbaik, demi memperolehi keputusan yang cemerlang.

    Thursday, 3 September 2015

    BULAN KEMERDEKAAN MINGGU 3: PERTANDINGAN KUIZ DAN TEKA SILANG KATA

    PADA 4.9.2015, Sekolah Kebangsaan Tapak telah mengadakan pertandingan Teka silang kata bagi tahap 1 dan pertandingan Kuiz kemerdekaan bagi tahap 2. Semua murid diwajibkan menyertai pertandingan ini. Sebelum murid menyertai pertandingan ini, murid diwajibkan membaca bahan-bahan kemerdekaan di Galeri Pameran Sejarah. Setelah murid mendapatkan info kemerdekaan, murid menjawab soalan-soalan yang diberi. Saya berharap murid dapat menimba ilmu yang baik dari aktiviti yang dijalankan. Semoga murid mendapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai sejarah Malaysia. Aktiviti kemerdekaan pada minggu depan akan ditangguhkan ke minggu seterusnya kerana memberi laluan kepada peperiksaan UPSR. Sekian terima kasih.

    murid tahap 1 menjawab soalan teka silang kata


    murid tahap 2 menjawab soalan kuiz kemerdekaan

    Tuesday, 1 September 2015

    MAJLIS AMBANG KEMERDEKAAN TAHUN 2015

    Pada 28.8.2015, satu majlis Ambang Kemerdekaan telah dijalankan bagi meraikan Kemerdekaan peringkat Sekolah. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi. Murid dibawa ke surau bagi menjalankan aktiviti bacaan yassin. Selepas bacaan yassin, murid dibawa ke makmal ICT untuk aktiviti tayangan video. Selepas tayangan video, murid telah diberi soalan spontan.

    Aktiviti Ambang Kemerdekaan diteruskan lagi dengan pertandingan nyanyian solo lagu-lagu patriotik dan pertandingan sajak. Sememangnya murid sangat bergiat dengan aktif dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka sangat berminat untuk menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan. selepas itu, sedikit jamuan telah disediakan. Apa yang menjadi kelainan ialah murid diperkenalkan dengan makanan zaman dahulu seperti ubi kayu.Ada dikalangan guru sudi berkongsi pengalaan mengenai kehidupan mereka di zaman dahulu. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat memberi iktibar kepada murid mengenai susah payah masyarakat di zaman dahulu. 

    Aktiviti seterusnya ialah upacara perasmian ambang kemerdekaan yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan 1, Pn Mazura binti Aup. Selepas upacara perasmian, Pn Mazura telah melepaskan burung merpati sebagai simbolik kepada perasmian kemerdekaan peringkat sekolah. Sebagai penutup, warga guru dan murid-murid telah bersama-sama melaungkan perkataan keramat.. MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA ! bersama-sama. semoga, dengan aktiviti hari ini dapat memberi murid pengalaman yang berharga dan dapat mewujudkan semangat cintakan negara dalam hati mereka.