Sambutan kemerdekaan tahun 2015 telah sampai
dipenghujungnya. Majlis penutupan rasmi telah diadakan dengan penuh kemeriahan
pada 17 September 2015. Majlis ini dimulakan jam 10.50 pagi bertempat di dewan
Kenangan Sekolah Kebangsaan Tapak.
Terdahulunya, beberapa pertandingan telah diadakan
sebelum majlis penutup. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam,
pertandingan nyanyian lagu koir, pertandingan lafaz ikrar dan basikal berhias.
Penyertaan pertandingan sangat memberangsangkan. Murid-murid telah menunjukkan
semangat kerjasama antara pasukan dalam persembahan yang telah diadakan. Bagi
pertandingan Koir, kebanyakkan murid telah mempersembahkan lagu-lagu seperti
Gemuruh, Sehati sejiwa dan Satu Malaysia. Pertandingan- pertandingan ini tamat
pada jam 10.15 pagi.
Pada jam 10.50 pagi, semua guru dan murid mengambil
tempat didalam dewan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh
adik Hafizuddin. Majlis ini dipegerusikan
oleh Encik Suhaizi bin Majid. Warga sekolah kemudiannya mendengar ucapan yang
disampaikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Tapak, Puan Kalshom binti A
Hamid. Dalam ucapan perasmian penutup kali ini, beliau juga menasihatkan murid
supaya menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Murid-murid juga diingatkan
supaya bersyukur atas nikmat keamanan yang dikecapi dan sentiasa berdoa agar
Malaysia sentiasa aman dan sejahtera. Guru besar seterusnya merasmikan
penutupan sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2015.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah
bagi acara-acara yang telah dipertandingkan. Penyampaian hadiah dimulakan
dengan pemenang bagi pertandingan mewarna tahap 1, pemenang pertandingan
melukis poster tahap 2, pertandingan kuiz kemerdekaan, pertandingan silang
kata, dan kelas tercantik. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Kalshom bin A
Hamid, guru besar Sekolah Kebangsaan Tapak.
Upacara kemuncak pada majlis penutup ini ialah nyanyian
lagu patriotik dari guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Tapak.
Guru-guru telah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik bertajuk Sehati Sejiwa,
Tanggal 31 dan Jalur Gemilang. Majlis tamat pada jam 12.15 tengahari. Secara
keseluruhannya, sambutan kemerdekaan pada tahun ini diraikan dengan penuh rasa
kecintaan kepada Negara. sebagai warganegara yang bertanggungjawab, semua murid
dan guru kelihatan sangat bersemangat
dan sentiasa memberi kerjasama dalam semua pertandingan yang diadakan.
Diharapkan semangat seperti ini akan berkekalan dan sentiasa ditanam di dalam
hati seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tapak.