Tuesday, 1 September 2015

MAJLIS AMBANG KEMERDEKAAN TAHUN 2015

Pada 28.8.2015, satu majlis Ambang Kemerdekaan telah dijalankan bagi meraikan Kemerdekaan peringkat Sekolah. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi. Murid dibawa ke surau bagi menjalankan aktiviti bacaan yassin. Selepas bacaan yassin, murid dibawa ke makmal ICT untuk aktiviti tayangan video. Selepas tayangan video, murid telah diberi soalan spontan.

Aktiviti Ambang Kemerdekaan diteruskan lagi dengan pertandingan nyanyian solo lagu-lagu patriotik dan pertandingan sajak. Sememangnya murid sangat bergiat dengan aktif dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka sangat berminat untuk menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan. selepas itu, sedikit jamuan telah disediakan. Apa yang menjadi kelainan ialah murid diperkenalkan dengan makanan zaman dahulu seperti ubi kayu.Ada dikalangan guru sudi berkongsi pengalaan mengenai kehidupan mereka di zaman dahulu. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat memberi iktibar kepada murid mengenai susah payah masyarakat di zaman dahulu. 

Aktiviti seterusnya ialah upacara perasmian ambang kemerdekaan yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan 1, Pn Mazura binti Aup. Selepas upacara perasmian, Pn Mazura telah melepaskan burung merpati sebagai simbolik kepada perasmian kemerdekaan peringkat sekolah. Sebagai penutup, warga guru dan murid-murid telah bersama-sama melaungkan perkataan keramat.. MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA ! bersama-sama. semoga, dengan aktiviti hari ini dapat memberi murid pengalaman yang berharga dan dapat mewujudkan semangat cintakan negara dalam hati mereka.